Service Proposal
LUNAS Menyantuni Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras di Bulan Ramadan

Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Lumut Naval Shipyard (LUNAS) sebagai salah satu ahli Malaysian Oil, Gas, Energy Services Council (MOGSC) berbesar hati menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.

Bukan sekadar berbuka bersama, tetapi satu peringatan lembut buat kita semua bahawa di sebalik nikmat yang kita miliki, ada amanah untuk memberi. Setiap sumbangan kecil yang dihulurkan menjadi sinar kegembiraan buat anak-anak di rumah ini, yang diraikan dengan penuh kasih.

Ramadan mengajar kita erti cukup, erti syukur dan yang paling penting, erti berkongsi. Kerana pada akhirnya, Ramadan bukan tentang apa yang kita simpan tetapi tentang apa yang kita beri.

#MYLUNAS #LumutNavalShipyard #KongsiRezeki #BerkahRamadan #RamadanKareem #MOGSC

“Defining Excellence”