Service Proposal
LUNAS Menyantuni Keluarga Asnaf di Larut

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap kesejahteraan ummah, Lumut Naval Shipyard (LUNAS) sentiasa percaya bahawa tanggungjawab sosial korporat bukan sekadar tanggungjawab, tetapi amanah untuk berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan.

Pada 12 Mac 2026, LUNAS turut berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada Pertubuhan Kebajikan Amal Sejahtera LMS bagi membantu meringankan beban keluarga asnaf dalam komuniti sekitar Larut.

Semoga sumbangan kecil ini dapat membawa sedikit kelegaan dan keceriaan kepada mereka yang menerima, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Bagi kami di LUNAS, setiap usaha kecil untuk membantu sesama insan adalah langkah bermakna dalam membina komuniti yang lebih prihatin, saling menyokong dan penuh kasih sayang.

#MYLUNAS #LumutNavalShipyard #KongsiRezeki #BerkahRamadan #RamadanKareem

“Defining Excellence”